MOST RECENT

7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya di Akhirat


Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

1. Pemimpin (imam) yang adil.
Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda:

“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”.

Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?”

Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..”

Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”

Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”

Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?”

Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”

Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?”

Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:”

Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:

"Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.

8:40 AM | Posted in , , , , , , | Read More »

Tafsir Surah An-Nas


Maksud Ayat:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

  1. Katakanlah wahai Muhammad: Aku berlindung kepada Tuhan yang memelihara dan menguasai manusia.
  2. Raja bagi sekalian manusia
  3. Sembahan bagi manusia.
  4. Daripada kejahatan (bisikan syaitan) yang apabila bersembunyi.
  5. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.
  6. Daripada jin dan manusia.
Tafsiran para ulama’ mufassirin:

Surah ini disebut oleh ulama’ tafsir bahawa surah ini adalah surah makiyyah. Di nyatakan surah ini sebagai makiyyah oleh ulama’ ulumul Quran sebagai contohnya kitab Al-Itqan Fi Ulumul Quran karangan oleh Imam As-Suyuti dijelaskan bahawa maksud makiyyah ini adalah berdasarkan kepada tempoh waktu turunnya surah an-nas ini oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW sebelum berlakunya hijrah Rasulullah ke Madinah.Ianya tidak merujuk kepada tempat walaupun namanya mirip kepada tempat iaitu Mekah. Para pencinta ilmu sekalian disebut oleh Imam Ibn Kathir murid kepada Imam Ibn Qayyim Al Jauzi (17 Rejab tahun 751) dalam tafsir beliau Tafsir Al-Quranul Azim bahawa surah An-Nas adalah termasuk beberapa surah yang disebut sebagai Al-Muawwizataini.Surah ini dan surah sebelumnya iaitu surah Al-Falaq adalah diantara surah-surah yang di ajar oleh Allah SWT kepada Nabi SAW untuk berlindung daripada kejahatan makhluk-makhluk yang diciptakan-Nya.

Menerusi surah ini kita melihat Allah mengajar Nabi SAW meminta perlindungan daripada Allah SAW. Bermula surah ini dengan ayat yang bermaksud Katakanlah wahai Muhammad: Aku berlindung kepada Tuhan yang memelihara dan menguasai manusia.seterusnya Allah berfirman yang bermaksud Raja sekalian manusia. Seterusnya Allah berfirman lagi sembahan sekalian manusia.Sembahan yang dimaksudkan di sini wahai sahabat-sahabat sekalian ialah berkait dengan tauhid uluhiyyah iaitu mengEsakan Allah SWT dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatupun dalam ibadah yang mereka lakukan.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud Daripada kejahatan (bisikan syaitan) yang apabila bersembunyi. Berkata imam Qurtubi dalam kitabnya tentang perkatan Al-khannas dalam ayat ini ialah merujuk kepda seekor syaitan ataupun seekor jin yang diciptakan oleh Allah SWT yangmana tempat tinggalnya di dalam hati manusia,dan nama syaitan ataupun jin ini sepertimana yang disebut oleh ulama’ mufassirin iaitu qarin,ini kehebatan Allah sehingga boleh menciptakan syaitan ataupun jin yang boleh memasuki tubuh manusia,perkara ini pernah dijelaskan oleh nabi SAW dalam sebuah yang telah dihimpunkan oleh Imam As-Suyuti dalam kitab beliau Dur Al Mansur dimana satu ketika nabi berjalan dengan Isterinya yang bernama Safiyyah dalam suasana malam yang gelap, tiba-tiba ada dua orang sahabat menjauhkan diri dan berjalan dalam keadaan yang begitu cepat,lalu nabi memanggil dua orang sahabat tersebut dan memberitahu ini isteriku Safiyyah, lalu sahabat berkata kepada Rasulullah , takkanlah mereka bersangka buruk dan akan melemparkan fitnah kepada rasulullah, lalu nabi bersabda kepada sahabat tersebut bahawa sesungguhnya syaitan bergerak di dalam tubuh manusia sebagai darah yang mengalir melalui urat-urat saraf di dalam tubuh manusia. Menerusi hadis ini kita dapat melihat bahawa syaitan boleh memasuki tubuh-tubuh manusia dan mempengaruhi manusia.

Inilah kelebihan yang Allah kurniakan kepada jin dan syaitan yang ianya hanya diberikan kepada mereka yang sudah tentu tidak mampu dilihat oleh kita sebagai manusia biasa. Para pembaca sekalian, menerusi surah ini, Allah SWT mengajarkan kepada kita supaya meminta perlindungan daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan dan melalaikan kita hanya kepada Allah SWT semata-mata. Kita minta daripada Allah agar Allah melindungi kita daripada kejahatan manusia dan juga sudah tentu kita juga minta daripada Allah agar Allah melindungi kita daripada kejahatan syaitan dan jin yang tidak pernah berhenti daripada mengganggu dan melalaikan manusia untuk mengingati Allah SWT bahkan mereka sentiasa mengajak manusia untuk melakukan perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Seterusnya Allah menyatakan pula dalam surah ini yang bermaksud yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dalam ayat ini kita lihat semula kepada pendapat Imam Qurtubi di mana Imam Qurtubi menyatakan bahawa syaitan ataupun jin yang diciptakan oleh Allah yang duduknya di dalam hati manusia ini bahawa jin ini mempunyai belalai seperti gajah atau disebut dalam riwayat yang lain hidungnya seperti khinzir yang mana kerjanya adalah untuk sentiasa mempengaruhi hati manusia untuk melakukan kejahatan, mengajak untuk cenderung kepada perkara-perkara maksiat.

Dalam ayat yang terakhir dan yang menjadi penutup kepada surah ini Allah berfirman yang bermaksud daripada jin dan manusia, iaitu kejahatan yang dilakukan oleh jin dan juga manusia. Para pembaca sekalian, Nabi SAW telah menggabungkan surah ini bersama dengan surah yang sebelumnya iaitu surah Al-Falaq dan menjadi amalan baginda untuk berlindung daripada gangguan jin dan syaitan setiap kali baginda Nabi SAW hendak tidur, dan dengan ini marilah sama-sama kita mengamalkan surah ini dan surah sebelumnya iaitu surah al-falaq dalam apa jua keadaan pun untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT daripada sebarang gangguan syaitan,jin dan manusia.

Wallahu’alam...



9:20 PM | Posted in , , , , , , | Read More »

Blog Archive

Recently Commented

Recently Added